#1: Michelle Yeoh
Michelle Yeoh seorang pelakon terkenal dalam industri filem antarabangsa. Dikenali dengan peranannya dalam Star Trek, James Bond, dan Crazy Rich Asians, bintang filem kelahiran Ipoh ini bukan sahaja pakar seni mempertahankan diri yang melakukan aksi sendiri pada usia 58 tahun. Malah, beliau juga seorang yang baik hati dan berperikemanusiaan tinggi.
Berikutan kejadian gempa bumi di Nepal pada tahun 2015, Michelle sebagai Duta UNDP telah terbang ke wilayah tersebut dan melibatkan diri dalam usaha bantuan bencana di kampung-kampung yang terjejas. Tersentuh dengan kebaikan orang Nepal ketika di sana, Michelle menyertai Live to Love, sebuah badan amal yang memfokuskan pada usaha pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar di pergunungan Himalaya[1].
Sebagai seorang yang lantang bersuara mengenai isu sosial, Michelle dengan beraninya memperjuangkan kesedaran mengenai HIV dan AIDS walaupun topik ini sering dianggap tabu dan diselubungi stigma[2]. Beliau juga merupakan jurucakap kempen #MakeRoadsSafe untuk FIA Foundation, yang mana beliau menyeru agar kemalangan jalan raya diberikan keutamaan yang sewajarnya oleh masyarakat global. Bersama dengan pakar-pakar antarabangsa terkemuka, Michelle seringkali berucap di Majlis Umum PBB semasa Dekad Tindakan untuk Keselamatan Jalan Raya (2011-2020)[3].
Media ialah medium paling pantas dan efektif untuk bersuara. Individu yang mempunyai pengaruh media mempunyai tanggungjawab untuk memanfaatkan hak istimewa itu dengan baik! [2] – Michelle Yeoh
Sebagai seorang penggemar haiwan, Michelle penyokong tegar usaha pemuliharaan hidupan liar. Beliau terlibat dalam pelbagai inisiatif seperti The Lion’s Share Fund, kempen PBB menentang perdagangan liar haiwan liar, dan juga projek Save China’s Tigers. She also leverages her platform to raise awareness on climate change by emphasising the importance of responsible consumerism, sustainable fashion and ethical business practices[4].
Karakter yang kuat dalam skrin mahupun kehidupan nyata, tidak hairan mengapa Michelle Yeoh seorang individu yang dikagumi ramai.
Tujuan saya adalah untuk membantu memperkasakan orang di seluruh dunia untuk mengambil tindakan dan memperjuangkan masa depan yang lebih baik. Itulah satu-satunya cara kita dapat membuat perubahan yang nyata di dunia ini.[4] – Michelle Yeoh
#2: Amalina Bakri
Terkenal atas pencapaian hebatnya memperoleh 17A dalam SPM 2004, perjalanan Dr Amalina Bakri sebagai seorang doktor menjadi inspirasi buat orang ramai. Pakar bedah yang bercita-cita tinggi dan baik hati ini memperoleh ijazah sebagai doktor pada tahun 2013 dan pernah berlatih dalam program Gynaecology Oncology and Surgical Oncology di Harvard Medical School. Sejurus itu, beliau mendaftar di University of Cambridge untuk melengkapkan program Sarjana dalam Falsafah (MPhil) dalam Perubatan Translasi dan Terapi[5].
Selain menjadi salah seorang daripada 10 pelatih pembedahan terbaik di UK, Dr Amalina juga pernah terlibat dalam kesukarelawan perubatan di Tanzania dan Zanzibar. Ketika serangan pengganas berlaku di Westminster dan London Bridge beberapa tahun yang lalu, Dr Amalina merupakan antara doktor-doktor barisan depan NHS yang merawat mangsa serangan. Ketekunannya dalam menghadapi pekerjaan yang mencabar dari segi fizikal dan emosi didorong tidak lain dari tekadnya untuk membantu orang lain[6].
Setiap orang mempunyai satu kesamaan – untuk mempunyai hala tuju yang jelas dalam hidup dan membentuk masa depan dunia yang lebih baik.[7] – Dr Amalina Bakri
Dikagumi ramai, Dr Amalina menggunakan pengaruhnya ke arah kebaikan. Pada tahun 2017, beliau menggunakan media sosial untuk mengetengahkan kisah Baby Ainul, yang pada ketika itu hanya berusia 9 bulan dan memerlukan pembedahan untuk membuang tumor. Dengan kemurahan hati orang ramai, ibu bapa Ainul berjaya membawa bayi tersebut berjumpa Dr Amalina di UK untuk mendapatkan rawatan. Setelah menjalani prosedur mencabar selama 5 jam, tumornya berjaya dikeluarkan dan Ainul kini merupakan anak yang sihat dan ceria[8].
Selain membongkar mitos perubatan dan maklumat palsu, Dr Amalina juga sering berbincang mengenai pelbagai isu penting misalnya kesihatan mental dalam kepemimpinan, pemerkasaan wanita, kesetaraan di tempat kerja dan kesedaran anti-buli. Baru-baru ini, dia menggunakan Twitter dan Instagram untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan vaksin. Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal tabah dalam menghadapi kesulitan. Ikon wanita yang berdaya tahan ini menjadi inspirasi bagi kita untuk memberi impak positif kepada masyarakat dengan cara unik kita sendiri.
#3: Raudhah Nazran
Asalnya seorang graduan undang-undang dan kini merupakan usahawan sosial, Raudhah Nazran memulakan perjalanan impak sosialnya dengan menubuhkan organisasi amal sendiri pada usia 18 tahun. Pada masa itu, tumpuannya adalah untuk membantu kanak-kanak di rumah anak yatim dan orang yang kehilangan tempat tinggal. Pendedahan terhadap realiti sebenar kemiskinan menggerakkan perasaannya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai cara menangani masalah ini pada peringkat akar umbi. Namun, beliau tidak begitu pasti mengenai penyelesaian jangka panjang buat isu ini. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapat jawapan melalui kelab keusahawanannya di universiti – ia merupakan titik tolak kerjayanya dalam industri impak sosial[9].
Kini sebagai CEO dan Pengasas Accelerate Global, Raudhah menerajui perusahaan sosialnya sendiri yang berfokus terhadap menangani isu pengangguran belia dalam golongan terpinggir dan kurang mampu. Bersama dengan pasukannya, Raudhah menjalankan pelbagai program untuk melengkapkan para belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan perusahaan mereka sendiri. Hal ini penting untuk menjadikan mereka individu yang lebih berdikari. Beliau bukan sahaja menekankan aspek teknikal keusahawanan, tetapi juga menjelaskan betapa pentingnya keyakinan dan daya tahan emosi yang tinggi dalam kehidupan. Untuk memupuk generasi pemimpin yang bertanggungjawab, Raudhah mengingatkan murid-murid dalam programnya untuk memberi pertimbangan yang wajar terhadap kesan sosial dan persekitaran yang terhasil melalui projek yang mereka lakukan[10].
Apabila syarikat sosialnya dikategorikan antara 3 yang teratas di UK, Raudah dipanggil ke Parlimen UK oleh Lord Michael Hastings untuk berucap mengenai isu pengangguran belia. Beliau juga pernah memberi ucapan mengenai hak pendidikan kanak-kanak dalam Persidangan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai penyokong tegar pembangunan diri, Raudah sering mengingatkan para pemuda untuk tidak membiarkan rasa takut menjadi penghalang untuk mencapai impian.
Selain memimpin pasukan yang terdiri daripada 104 individu, Raudhah juga berusaha untuk mengurangkan jurang digital antara belia di masyarakat luar bandar dan mereka yang tinggal di kawasan bandar. Beliau juga berancang untuk membina tiga pusat komuniti di peringkat antarabangsa untuk membantu golongan belia yang kurang berkemampuan[11].
You have to be resilient especially in high tide and this is when passion and Anda harus berdaya tahan terutama dalam saat mencabar – waktu inilah pentingnya untuk kita kekal semangat dan ikhlas. Anda harus mempunyai hati yang kental.[12] – Raudhah Nazran
#4: HRH Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sebagai penaung diraja beberapa buah badan amal, HRH Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah menerapkan nilai kebaikan dan kemurahan hati dalam semua usaha yang diceburinya. Dulu bekerja sebagai seorang wartawan, kini puteri Selangor ini giat melibatkan diri dalam kerja amal. Contohnya, baginda sering membantu golongan gelandangan dan miskin bandar serta mengadakan kempen pemuliharaan alam sekitar. Zatashah Idris (panggilan yang lebih digemarinya) sememangnya seorang individu yang berdedikasi namun tetap rendah diri.
Salah satu badan amal yang baginda naungi ialah Make-A-Wish Malaysia, yang mana baginda berusaha untuk menceriakan hari kanak-kanak yang memerangi penyakit mengancam nyawa. Dengan cara membuat harapan mereka menjadi kenyataan, baginda bukan sahaja berusaha untuk menaikkan semangat kanak-kanak semata-mata, tetapi juga semangat keluarga mereka[13].
Sebagai seorang aktivis tegar alam sekitar, Zatashah telah mengasaskan beberapa kempen berimpak tinggi seperti #SayNo2Plastic (2016), #ZeroFoodWastage (2016), dan #NoMoreLitter #BecauseWeCare (2020). Menyedari betapa parahnya isu pembaziran makanan di Malaysia, baginda menggerakkan pihak-pihak hotel untuk menyumbangkan lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan. Dalam sebuah ceramah TED Talk mengenai kemiskinan, baginda membongkar stigma terhadap para gelandangan dan menyeru masyarakat untuk bersikap lebih empati terhadap mereka. Dalam ucapan tersebut, baginda menceritakan perkara yang dipelajarinya semasa bekerja dengan Kechara Soup Kitchen untuk mengagihkan bahan makanan kepada keluarga-keluarga miskin bandar[14].
Baginda sudahpun mendapat pelbagai anugerah penghargaan tempatan dan antarabangsa atas segala sumbangannya, tetapi masih tekad untuk terus meningkatkan lagi usaha kemasyarakatan dan kesukarelawanannya.
Jangan biarkan usia, jantina, tahap pendidikan atau latar belakang menghalang anda. Sekiranya ada isu sosial yang ingin anda ubah, lakukan sesuatu mengenainya. Hanya seorang diperlukan untuk menyalakan percikan itu.[14] – Tengku Zatashah Idris
#5: Tricia Yeoh
Tricia Yeoh ialah Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi), iaitu sebuah badan pemikir dasar awam bebas di Malaysia. Selain menjadi Pengarah ASLI Centre for Public Policy Studies, Tricia juga pernah berkhidmat sebagai penulis untuk the Sun dan majalah Penang Monthly, yang mana beliau giat menulis mengenai dasar-dasar sosio-ekonomi negara. Sebagai seorang penyelidik yang terkenal, beliau pernah membentangkan kajiannya di arena tempatan mahupun antarabangsa bersama dengan cendekiawan tersohor yang lain[15].
Tricia juga banyak menganalisis perkembangan sosial, politik dan ekonomi negara serta melibatkan diri dalam pelbagai projek penyelidikan. Antaranya ialah kajian yang menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk membina masa depan yang lebih baik. Pengalamannya dalam advokasi pembangunan negara menjadi faktor beliau sering diundang untuk berucap mengenai isu-isu negara seperti pemulihan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Apabila IDEAS melancarkan kempen ‘Kita, Bukan Kami’ untuk mempromosikan keharmonian dan inklusiviti antara kaum, Tricia menekankan kepentingan mewujudkan ruang yang selamat untuk membincangkan hubungan kaum secara sihat dan penuh empati[16]. Beliau juga pernah menjadi ahli panel bagi sebuah webinar bersama Gerakbudaya, yang mana beliau menyeru rakyat Malaysia untuk meraikan kepelbagaian kaum dalam negara[17].
Dalam memperjuangkan kemajuan dan perubahan sosial, Tricia menyuarakan pendapatnya yang berorientasikan data dengan berani dan bersungguh-sungguh untuk membina Malaysia yang lebih baik.
Diskriminasi dalam bentuk apa pun, sama ada berdasarkan bangsa, agama, jantina atau lain-lain, selalunya berpunca daripada kurangnya persefahaman. Hal ini menimbulkan kecurigaan dan ketakutan. Inilah yang perlu kita atasi.[17] – Tricia Yeoh
#6: Deborah Henry
Sebagai ratu cantik yang pernah dinobatkan Miss World Malaysia pada tahun 2007, Deborah Henry bukan hanya seorang model, pelakon dan hos TV – beliau juga seorang aktivis hak asasi manusia yang berpengaruh. Dalam pengembaraan kariernya, Deborah memanfaatkan setiap peluang yang diberikan kepadanya untuk mengambil bahagian dalam usaha kemanusiaan. Melalui kunjungannya ke kampung-kampung di India dan Myanmar, beliau memperoleh perspektif yang lebih mendalam mengenai isu kemiskinan. Kesedaran ini mendorongnya untuk membuat perubahan positif dengan pengaruh yang dimilikinya[18].
Bermotivasikan tekad ini, beliau bekerjasama dengan rakannya Shikeen Halibullah untuk menubuhkan Fugee School, sebuah pusat pendidikan yang memberi peluang pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk anak-anak pelarian di Malaysia. Kini, lebih daripada 500 kanak-kanak yang belajar di Fugee School berjaya menamatkan pendidikan mereka sejak organisasi ini ditubuhkan[19].
Hingga hari ini, Deborah banyak meluangkan masa dan sumbernya untuk memperjuangkan hak anak-anak pelarian. Daripada membongkar stereotaip mengenai pelarian sehinggalah mengumpulkan dana melalui media sosialnya, Deborah sentiasa berusaha menggunakan pengaruhnya untuk kebaikan yang lebih besar.
Ikon gaya yang popular ini juga menggabungkan cintanya terhadap fesyen dan perniagaan dalam kerjanya. Pada tahun 2009, beliau mendirikan Fugeelah, sebuah perusahaan sosial yang menyokong para pemuda pelarian dengan menyediakan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan. Segala untung yang diperoleh disalurkan untuk pendidikan kanak-kanak melalui Fugee School[20].
Dalam salah satu ucapannya, Deborah mengingatkan penonton untuk menerapkan tujuan yang lebih tinggi dalam apa yang kita lakukan, serta menggunakan bakat kita untuk memberi kesan positif kepada orang lain.
Sekiranya anda tidak pasti mengenai cara untuk membuat perubahan, mulakan dengan bertanya pada diri sendiri: apa yang membahagiakan anda? Apakah kemahiran anda? Kemudian, cuba lihat di mana anda boleh menggunakan bakat anda untuk melakukan sesuatu, menolong, atau menambah nilai dalam kehidupan seseorang. – Deborah Henry
#7: Datin Goh Suet Lan
Bagi Datin Goh Suet Lan, menyaksikan ketidakadilan terhadap wanita dengan matanya sendiri menimbulkan semangat yang kuat dalam dirinya untuk memperjuangkan hak wanita. Kini berkhidmat sebagai presiden Women of Will (WOW), Goh menerajui usaha NGO tersebut dalam mengubah kehidupan wanita B40 yang kurang bernasib baik. Melalui program pembiayaan kredit mikro dan keusahawanannya, WOW berusaha untuk membantu ibu-ibu tunggal, janda, mangsa penderaan dan juga mereka yang mempunyai suami yang tidak berupaya supaya mereka dapat menjadi lebih berdikari dari segi kewangan[21].
Terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi, Goh percaya bahawa golongan ibu tunggal harus dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menampung diri dan keluarga mereka. Melalui Program Pembangunan Keusahawanan WOW, wanita-wanita ini mempelajari aspek pemasaran, pengurusan kewangan, e-dagang dan komunikasi untuk mempersiapkan diri untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.
Dalam empat tahun kebelakangan ini, WOW telah membantu lebih daripada 1,000 wanita dari pelbagai kawasan PPR seperti Sri Kota, Taman Mulia, Desa Tun Razak dan Raya Permai. Dalam usaha memperluas jangkauan dan impak WOW, Goh mengawasi pelbagai projek sejauh Keningau, Sabah untuk membantu wanita dalam sektor pertanian meneroka kaedah pertanian lestari di samping mengasah kemahiran pengurusan perniagaan mereka[22].
Goh amat suka akan kerjayanya, dan yakin bahawa wanita yang diperkasa berupaya menjadi contoh yang positif bagi komuniti masing-masing. Hingga hari ini, daya tahan yang dipelajarinya melalui wanita-wanita tersebut mendorong semangatnya untuk terus memperjuangkan hak wanita.
Peluang untuk menyokong ibu-ibu tersebut dalam mengubah kehidupan mereka, serta melihat perubahan positif mereka adalah sangat bermakna bagi saya. Kekuatan mereka dalam membina kehidupan yang lebih baik bagi diri dan anak-anak amat saya kagumi. – Datin Soh Guet Lan
#8: Yuna Zarai
Yuna merupakan seorang penyanyi terkenal bagi rakyat Malaysia mahupun industri muzik antarabangsa. Selain menghiasi halaman Vogue Arabia dan papan iklan New York, penghibur hijabi ini bukan hanya terkenal atas gayanya yang unik, tetapi juga kerana kelantangannya bersuara mengenai isu-isu sosial seperti keharmonian kaum.
Perjalanan Yuna dalam mengejar cita-citanya penuh dengan rintangan. Sebagai seorang wanita Muslim Asia dalam industri muzik Amerika, beliau sering menjadi mangsa diskriminasi. Namun, Yuna tidak membenarkan stereotaip mendefinisikan dirinya. Sebaliknya, beliau tetap teguh dan bangga dengan pendirian dan identitinya. Dalam wawancara, beliau sering menggesa peminatnya, terutamanya wanita Asia, untuk melakar kejayaan dengan cara mereka sendiri dan tidak membiarkan persepsi masyarakat menghalang impian mereka[23].
Selain membicarakan isu jenayah diskriminasi Anti-Asia di Atlanta, Yuna juga bersolidariti dengan gerakan #BlackLivesMatter serta menolak standard kecantikan yang berbahaya. Beliau sering menggunakan platformnya untuk menegaskan keadilan sosial dan berkongsi mengenai usaha organisasi impak sosial seperti MyHutan, Tenaganita, All Women’s Action Society dan Project Liber8 melalui Twitter dan laman sesawangnya. Dengan penuh semangat dan keyakinan terhadap diri sendiri, bintang pop ini terus giat memperjuangkan kesamarataan sosial dengan berani[24].
Segalanya bermula dengan perbincangan. Belajarlah tentang perjuangan orang lain dan tanamkan hasrat hati untuk mencari kebenaran. Berikan pertolongan kepada orang lain dengan cara anda sendiri. – Yuna
Explore Our Sources:
- South China Morning Post. (2020). Michelle Yeoh: Changing the World for Good. Link
- AMFAR. (2009). An Interview with Michelle Yeoh – Fighting AIDS from the heart. Link
- FIA. (2016). Yeoh: Scale up road safety as SDG priority. Link
- United Nations. (2016). Interview with Michelle Yeoh on Sustainable Fashion. Link
- Wikipedia. Nur Amalina binti Che Bakri. Link
- Kata Malaysia. (2019). Dr Amalina Bakri. Link
- The Star. (2017). Saving lives while looking glam. Link
- The Star. (2020). One year from tumour op, Baby Ainul now a cheerful toddler. Link
- Astro Awani. (2021). The future is female: Championing Youth Entrepreneurship. Link
- Generation T Asia. (2020). For helping youths become more employable. Link
- Tatler Asia. (2020). A day in the life of a social entrepreneur. Link
- Malaysian Tatler. (2020). Raudhah Nazran. Link
- The Star. (2016). The real princess diaries of Zatashah Idris. Link
- TED Talk. (2018). Tengku Zatashah: Make change for good. Link
- Atlas Network. Our People – Tricia Yeoh. Link
- IDEAS. (2021). IDEAS launches Kita, Bukan Kami campaign to promote national unity and inter-racial harmony. Link
- Gerakbudaya | Facebook. (2020). Managing Ethnic & Religious Identities in a Multicultural Setting. Link
- London Speaker Bureau. Deborah Henry – Keynote Speaker. Link
- Malaymail. (2020) Humanitarian former beauty queen Deborah Henry urges Malaysians not to fear refugees. Link
- GenT. (2021). How Deborah Henry Of Fugeelah is Helping Refugees Upskill. Link
- Malaymail. (2019). Empowering women via high-impact entrepreneur program. Link
- OptionsTheEdge. (2019). Women Of Will transforms lives of disadvantaged women through micro-loans. Link
- Vogue. (2021). Yuna opens up about the secret to songwriting, superstardom and repping Southeast Asian women. Link
- Malaymail. (2020). #BlackLivesMatter: Yuna speaks out against racism. Link