Site logo

6 Realiti Yang Dihadapi Oleh Ibu Yang Tidak Berkahwin dan Anak-Anak Mereka Di Malaysia 

Menjadi seorang ibu ataupun seorang ibubapa selalunya merupakan sesuatu yang dirayakan apabila keluarga besar berkumpul untuk menyambut kelahiran ahli keluarga baru. Seperti yang sering dikatakan, ia memerlukan  sebuah kampung untuk membesarkan seorang anak. Namun, bagi ibu tunggal yang belum berkahwin di Malaysia ianya jauh sekali daripada masa yang menggembirakan. Kebanyakannya menghadapi pandangan yang tidak diingini dan diskriminasi oleh masyarakat, termasuk disisihkan oleh ahli keluarga mereka sendiri. 

Antara 2017 dan 2022, Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 41,083 kehamilan remaja. Daripada angka ini, 35% adalah di luar nikah[1]

Masalah masyarakat kami adalah orang ramai terlalu memikirkan apa yang telah terjadi dan dalam kes ini, wanita yang kini hamil yang telah terlibat dalam perbuatan seksual. Tetapi hakikatnya – itu adalah masa lalunya, dan kita sebagai masyarakat sebaliknya harus fokus kepada perkara yang dihadapi, iaitu kehamilan, supaya situasi itu tidak akan menjadi lebih buruk. – Yuzila Yusof, ketua pegawai operasi OrphanCare[2]

Ia agak senang untuk menjauhi atapun menjatuhkan hukuman kepada ibu yang belum berkahwin seperti disaksikan di Terengganu pada Disember 2022. Negeri tersebut telah  meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2022(Seksyen 29A), menjenayahkan kehamilan dan kelahiran luar nikah[3]

Sumber: Malay Mail

Untuk memahami perubahan terkini dalam enakmen, yang kebanyakannya memberi kesan kepada komuniti Muslim tapi mempunyai implikasi kepada komuniti bukan Muslim, berikut adalah enam perkara yang perlu anda ketahui tentang realiti yang dihadapi oleh para ibu tunggal tidak berkahwin dan juga anak-anak mereka:

#1: Risiko Kesihatan Untuk Golongan Wanita Dan Gadis 

Walaupun Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menganggap kehamilan dan kelahiran di luar nikah sebagai sebuah perbuatan jenayah, ia sudah cukup untuk menimbulkan kebimbingan bagi pengamal perubatan di seluruh negara. Pindaan ini menjadi satu masalah kerana ia menjejaskan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada kalangan wanita dan perempuan di dalam negara kita.  

Daripada memberi rawatan perubatan yang sewajarnya, wanita hamil luar nikah akan mengelak dari mencari perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sewajarnya kerana bimbang mereka akan dilaporkan ataupun diserahkan ke pihak berkuasa oleh para profesional kesihatan[3]. Kebimbangan mereka disahkan apabila ada segelintir profesional di Malaysia menyokong pindaan tersebut.

Dalam sebuah kenyataan bersama, para doktor – pakar perbidanan, pakar sakit puan dan pakar perubatan reproduktif, Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi, iaitu juga naib presiden I-Medik, dan Dr Murizah Mohd Zain, menyatakan bahawa daripada memberi ‘persetujuan dan kondom’ sebagai penyelesaian kepada gejala sosial, kita mesti mengatasi punca masalah itu iaitu pengurusan keinginan seksual yang menyeluruh.

Ketika sistem penjagaan kesihatan Malaysia berusaha untuk berpandangan ke hadapan, pemikiran cetek membawa kita sepuluh langkah ke belakang. 

#2: Ibu Tidak Berkahwin Mungkin Terpaksa Menyerahkan Bayi Mereka

Sesetengah ibu hamil mungkin mempunyai keluarga yang menyokong mereka dan membolehkan cucu mereka membesar di dalam keluarga. Walau bagaimanapun, sesetengah bakal ibu mungkin terpaksa melepaskan bayi mereka.

Dalam kebanyakan kes, bakal ibu akan dihantar ke sebuah rumah kebajikan (half-way house) untuk melahirkan anak mereka. Sesetengah ibubapa mahu anak perempuan mereka untuk pulang sendiri tanpa bayi itu oleh sebab mereka percaya bahawa seorang anak luar nikah akan memalukan keluarga tersebut. – Associate Prof Dr Aizura Syafinaz,  pakar obstetrik dan sakit puan di UMSC [4]

*Yvonne, seorang ibu yang belum berkahwin, menceritakan kisah yang menyayat hati, beliau melepaskan anaknya. Pada tahun 2019, usahawan yang berjaya itu menyembunyikan kehamilannya daripada keluarganya dan merancang untuk melepaskan anaknya. Beliau tidak mampu menanggung malu dan rasa bersalah yang datang daripada keluarganya sendiri, sekiranya mereka tahu[2].

Banyak yang bermain di dalam fikiran saya apabila saya mendapati bahawa saya hamil. Saya memikirkan tentang bayi yang akan dibesarkan tanpa seorang bapa, sama ada saya berkemampuan untuk membesarkan bayi itu sebagai ibu tunggal tanpa bantuan keluarga dan kawan-kawan. – *Yvonne[2]

Dalam kes Yvonne, stigma yang menyelubungi ibu tidak berkahwin dan anak luar nikah adalah masih ketara, terutamanya di Malaysia. Oleh kerana menetap dalam sebuah negara konservatif, Yvonne tidak bebas untuk memilih sama ada beliau hendak menjaga bayinya ataupun melepaskannya.

#3: Kes Pembuangan Bayi Mungkin Meningkat

Sebagai pilihan terakhir, apabila para wanita dan remaja perempuan tidak mempunyai sesiapa ataupun tempat untuk dituju – mereka mungkin membuang bayi mereka yang tidak bersalah. Antara 2010 dan 2019, dilaporkan bahawa 1,010 bayi telah dibuang. Daripada jumlah itu, 64% bayi itu menghembus nafas terakhir mereka[5].

Tambahan pula, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sekurang-kurangnya 10 bayi dibuang dalam tempoh sebulan, di antara tahun 2018 dan 2021[5].

Kebanyakannya telah ditemui di kawasan perumahan, tandas, kawasan pelupusan sampah, sistem pembentungan, dan longkang. Ini merupakan tempat pembuangan biasa oleh kerana tiada kamera CCTV, kurang dikunjungi oleh orang awam dan mudah diakses. – Siti Kamsiah Hassan, Asisten Komisioner,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman[5]

Apa yang memburukkan lagi adalah Malaysia mencatatkan  kes pembuangan bayi tertinggi di seluruh Asia Tenggara, dengan purata 100 bayi setiap tahun. Ini sebahagiannya berpunca daripada hasil pendidikan seks yang tidak mencukupi dan stigma sekitar pengguguran.

Sumber: OrphanCare

Ketika kita menghadapi sesuatu masalah, perkara pertama yang dilakukan adalah untuk membuangnya dan itulah apa yang golongan wanita ini, terutamanya golongan remaja lakukan. Pada masa itu, diselubungi ketakutan dan rasa terdesak, golongan ini yang telahpun menyembunyikan diri dalam ketakutan selama lebih kurang sembilan bulan, melakukan perbuatan ini di ambang kegilaan. — Yuzila Yusof, ketua pegawai operasi OrphanCare[1] 

#4: Kemungkinan Perkahwinan Bawah Umur Yang Lebih Tinggi

Pada tahun 2021, 445 perkahwinan di bawah umur telah diluluskan dan empat negeri mencatatkan kadar kelulusan permit yang tinggi – dengan Sarawak merekodkan 183 kes, Sabah 86 kes, Kelantan 43 kes dan Pahang (38[6]. Salah satu penyebab perkahwinan kanak-kanak adalah percubaan untuk memperbaiki kesalahan yang lalu ataupun hubungan seksual luar nikah. 

Tehmina Kaoosji, seorang aktivis kesaksamaan jantina, berpendapat bahawa pemerintahan kerajaan negeri itu hanya akan membawa kepada suatu kitaran penderaan, kemiskinan dan ibu-ibu tunggal yang bawah umur mungkin dipaksa untuk berkahwin demi menjaga maruah diri.

Perkahwinan bawah umur  menjadi satu-satunya pilihan bagi perempuan/remaja perempuan yang hamil ketika negeri/ negara tidak bertanggungjawab untuk memastikan hak anak asasi berharmoni dengan perlembagaan Malaysia dan pelbagai perjanjian antarabangsa seperti CRC (Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). – Tehmina Kaoosji, aktivis kesaksamaan jantina[7]

#5: Kewarganegaraan Bukan Suatu  Jaminan Bagi Kanak-Kanak Lahir Luar Nikah 

Bayi-bayi yang mujur terselamat ternyata menjalani kehidupan yang malang. Seorang kanak-kanak yang lahir luar nikah di Malaysia, tanpa mengira agama, dianggap sebagai tidak berkerakyatan ataupun tidak berkewarganegaraan[8].

Kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan melalui Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan. Syarat dasar perundangan ini menyatakan bahawa  (1) salah satu ibubapa mereka adalah warganegara Malaysia, (2) permohonan ini mesti dikemukakan oleh ibubapa ataupun penjaga dan (3) pemohon menyediakan sijil kelahiran mereka[9]

Namun, ianya satu penungguan yang memakan masa selama bertahun-tahun dan banyak rayuan telahpun ditolak berulang kali. Cara lain adalah untuk ibubapa anak belum lahir untuk mendaftar perkahwinan mereka sebelum kelahiran anak tersebut[10].

Kanak-kanak tidak sepatutnya didiskriminasi atas dasar mereka dilahirkan dalam perkahwinan secara sah ataupun sebaliknya. – Gerakan untuk Melindungi Hak-Hak Kanak-Kanak dan Mansuhkan Diskriminasi Jantina dalam Undang-Undang Malaysia[8]

Mengetepikan undang-undang tersebut, ianya tidak masuk akal bagi seseorang yang lahir di Malaysia untuk memohon kewarganegaraan yang merupakan hak mereka.

Pada 2021, sebuah usul untuk Melindungi Hak-Hak Kanak-Kanak dan Memansuhkan Diskriminasi Jantina dalam Undang-Undang Malaysia telah dibangkitkan semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Badan Peguam Malaysia, mereka mendesak untuk  perkataan ‘illegitimate’ (tidak sah taraf) dikeluarkan daripada dokumen-dokumen kanak-kanak yang  dilahir luar nikah.

Kanak-kanak tidak bersalah dan oleh itu, tidak sepatutnya menderita akibat perbuatan ibubapa kandung mereka serta segala undang-undang dan kelayakan kanak-kanak itu sepatutnya dikenali dan dipertahankan, sama ada ia merupakan luar suatu pernikahan ataupun hubungan yang dipersetujui ataupun sebaliknya. – Gerakan untuk Melindungi Hak-Hak Kanak-Kanak dan Mansuhkan Diskriminasi Jantina dalam Undang-Undang Malaysia[11]

#6: ‘Bin Abdullah’ – Nama Akhir Untuk Kanak-Kanak Muslim Luar Nikah 

Bolehkah anda bayangkan bahawa sepanjang hidup anda, terdapat peringatan yang berterusan bahawa anda adalah seorang anak luar nikah?

Kanak-kanak Muslim yang dilahirkan secara luar nikah di Malaysia telah diberikan ‘bin Abdullah’. Hukum ini berdasarkan fatwa Islam (sebuah lafaz ulama tentang syariat Islam), tertulis pada Muzakarah[10].

Kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah ataupun lahir kurang dari enam bulan dari tarikh perkahwinan dalam keluarga Muslim akan didaftarkan dengan Bin/ Binti Abdullah di menggantikan nama bapa mereka. 

Lima tahun lalu, *Adam yang berumur tiga-belas tahun merupakan mangsa situasi ini. Ketika masanya untuk mendaftar untuk Kad Pengenalannya(IC), Jabatan Pendaftaran Negara berhubung, *Rahman, (bapa *Adam), memintanya untuk menarik diri daripada permohonan IC itu [12]

Apabila *Adam dilahirkan, “Permohonan Seksyen 13”  telah tertulis pada sijil kelahirannya kerana dia dilahirkan tiga bulan selepas ibubapa mereka telah berkahwin. Oleh sebab itu, IC kanak-kanak itu perlu dinyatakan ‘Adam Bin Abdullah’ bukannya ‘Adam Bin Rahman’, yang tertera pada sijil kelahirannya [12].

Sekiranya anak kami telah diberikan nama akhir bin Abdullah pada mulanya, kami akan menerimanya dan kami akan menerangkan kepada Adam mengapa dia tidak memegang nama bapanya tetapi setelah 12 tahun, ia adalah sukar bagi kami untuk menerangkan situasi itu kepada Adam.

Ia akan menjadi sukar bagi Adam untuk menangani soalan-soalan daripada rakan-rakannya.Kebimbangan kami hanyalah bagaimana ini akan menjejaskan anak kami kerana kami percaya bahawa kesilapan kami tidak sepatutnya ditanggung oleh Adam.
– *Aisyah, *Adam’s mother [12].

Diskriminasi Terhadap Ibu Belum Berkahwin dan Anak-Anak Mereka Mesti Dihentikan

Apabila kita mengetepikan semua faktor luaran yang melabelkan kita, pada dasarnya kita semua manusia. Jika label diletakkan pada kanak-kanak Malaysia, secara halus kita menerapkan bahawa penyisihan boleh diterima.Pada hakikatnya, ini agak jauh dari kebenaran.

Malaysia mesti hentikan menghentikan amalan diskriminasi berdasarkan jantina dan meminda Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan untuk memastikan bahawa ibu mempunyai hak yang sama seperti bapa, terutamanya apabila ia berkenaan kelayakan kewarganegaraan seorang kanak-kanak. – Gerakan untuk Melindungi Hak-Hak Kanak-Kanak dan Mansuhkan Diskriminasi Jantina dalam Undang-Undang Malaysia[8]

Sumber: Freepik

Begitu juga, para ibu tunggal yang belum berkahwin memerlukan perlindungan dan sumber-sumber yang betul untuk membuat keputusan mereka. Semuanya bermula dengan pendidikan seks awal, bak kata pepatah ilmu itu kuasa.

Hanya 33.7% responden mengetahui seorang perempuan akan hamil pada kali pertama dia melakukan hubungan seksual. Hampir 33.3% tahu bahawa kondom boleh mengelakkan jangkitan seksual dan hanya 17.8% tahu bahawa seorang gadis akan hamil walapun pasangannya mengeluarkan air mani di luar faraj semasa hubungan seksual. – Syirin Junisya, pengarah eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia(FRHAM)[1]

Selain daripada OrphanCare Foundation, sebuah organisasi yang bertujuan untuk memberikan kanak-kanak baru lahir yang tidak dirancang peluang untuk mempunyai sebuah keluarga yang prihatin, terdapat cara lain bagi ibu tunggal tidak berkahwin untuk mendapatkan bantuan:

  • Rose Virginie Good Shepherd Centre, Ipoh, pusat ini menyediakan tempat perlindungan sementara bagi para wanita dan gadis dalam krisis di Ipoh, Perak. Pelbagai program dan inisiatif disediakan untuk membantu golongan wanita dan gadis tersebut dalam proses penyembuhan mereka dan memulakan lembaran baharu melalui kaunseling, kerja jahitan, kemahiran komputer dan peluang pekerjaan melalui projek perusahaan-mikro pusat di sini.
  • Talian Kasih, talian hotline 24-jam dijalankan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) boleh dihubungi di talian 15999 dan melalui WhatsApp di 019-2615999. 
  • Rumah Kita, yang ditubuhkan pada tahun 2015, adalah sebuah NGO yang menyediakan tempat perlindungan untuk golongan wanita hamil luar nikah ataupun mangsa-mangsa serangan seksual. Tempat perlindungan ini berpusat di Kuala Lumpur dan memberi sokongan melalui penjagaan bersalin, kaunseling dan makanan berkhasiat bagi ibu mengandung dan selepas bersalin. NGO ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat untuk ibu secara berterusan. 

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources:

  1. CodeBlue. (2021). Rina: 28 Teens Get Pregnant Daily, 35% Unmarried. Link
  2. Kanyakumari, D. (2019). Pregnant and alone: In Malaysia, social stigma forces unwed mothers to give up babies. Link.
  3. CodeBlue. (2022). Terengganu’s Shariah Amendment Undermines Health System — Galen Centre. Link.
  4. S.Saleh. (2019).Teenage Pregnancy: Who Is To Blame? Bernama. Link
  5. Sinar Daily. (2022). Baby dumping still rampant. Link.
  6. FMT Reporters. (2021). 445 teens left school to get married in 2020. Free Malaysia Today. Link
  7. A.A.(2022). Gender equality activist enraged by Terengganu’s law punishing unmarried pregnant women. Sinar Daily. Link 
  8. Lim, Ida. (2019). Why Malaysia-born illegitimate children with foreign mothers are stateless. Link
  9. Consortium For Street Children. (n.d.) Malaysia. Link 
  10. PropertyGuru. (2021). Born Out Of Wedlock In Malaysia: 3 Conditions Where Muslims Can Inherit Property. Link
  11. Parkaran, K. (2021). Bar EGM to discuss use of ‘illegitimate’ for child out of wedlock. Link
  12. Denise, C. (2017). The untold story of the “bin Abdullah” children in Malaysia. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?