Site logo

6 Fakta Mengenai Kanak-Kanak Miskin Yang Anda Patut Tahu

Malaysia mempunyai 9.3 juta kanak-kanak di bawah 18 tahun[1] dan daripada jumlah itu, lebih 157,000 kanak-kanak Malaysia hidup dalam kemiskinan.

Dalam sebuah laporan oleh UNICEF, 1.77 juta kanak-kanak hidup dalam kemiskinan relatif dan ini menunjukkan bahawa angka tersebut boleh menjadi lebih tinggi kerana ramai kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang terdedah kepada kejutan ekonomi akibat pandemik[2]

Kanak-kanak yang berada dalam kemiskinan menghadapi cabaran dalam pelbagai aspek kehidupan — kesihatan yang baik, pelajaran yang berkualiti, keadaan perumahan yang selamat dan jaminan makanan yang bernutrisi pada setiap hari.

Walaupun memperoleh markah 7.73/10 dalam Indeks Realisasi Hak Kanak-Kanak, ramai kanak-kanak Malaysia telah dinafikan hak asasi dan keperluan yang paling asas[3]. Banyak organisasi kemanusiaan sedang bergiat aktif untuk mengisi jurang-jurang ini, menyediakan keperluan untuk kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan di Malaysia dengan akses kepada pelajaran yang lebih baik, akses Internet yang lebih baik, tempat perlindungan yang selamat dan penjagaan kesihatan yang mencukupi. 

Bagaimanakah keadaan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan? Ini adalah enam fakta mengenai kanak-kanak yang hidup di dalam kemiskinan yang anda perlu tahu:

#1: 85% Keciciran Sekolah Datand Daripada Keluarga Miskin Yang Tinggal Di Negeri Yang Kurang Maju

Source: The Star

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaporkan kadar keciciran sekolah adalah pada 0.15% dan 1.21% untuk sekolah menengah pada tahun 2019[4]. Laporan yang sama merekodkan penurunan secara perlahan namun konsisten dalam angka keciciran, walaupun begitu, lebih banyak kerja yang harus dilakukan — di beberapa negeri dan kawasan.

Daripada jumlah angka keciciran, yang mengejutkan adalah 29,000 orang pelajar adalah dari Sabah[5]. Ini boleh dikaitkan dengan kekurangan infrastruktur sekolah dan sumber dengan beberapa sekolah menghadapi masalah kekurangan air bersih dan elektrik beserta kekurangan akses untuk ke sekolah.

#2: 22% Kanak-Kanak Di Bawah Umur Lima Tahun Yang Tinggal Di Rumah Pangsa Kos Rendah Mengalami Pertumbuhan Terbantut

Source: Today Online

Malnutrisi dan kemiskinan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan, dan membawa kesan yang buruk, terutama sekali kepada kanak-kanak. UNICEF melaporkan bahawa kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang tinggal di rumah pangsa PPR di Kuala Lumpur adalah lemah (20%), terbantut (22%), dan kurang berat badan (15%) jika dibandingkan dengan purata kebangsaan[6]

Kos kehidupan urban yang semakin meningkat telah memaksa keluarga berpendapatan rendah untuk mengurangkan perbelanjaan makanan yang menyebabkan keluarga mereka tidak mendapat makanan dan nutrien yang mencukupi.

#3: Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia Semakin Meningkat

Source: Malay Mail

Peningkatan bilangan perkahwinan bawah umur di Malaysia merupakan suatu perkara yang membimbangkan kerana perkara ini menafikan hak asasi seseorang kanak-kanak, dan memaksa mereka untuk menjadi dewasa sebelum tiba masanya.

Sabah merekodkan kes perkahwinan Muslim bawah umur yang paling tinggi, iaitu sebanyak 334 pada tahun 2018 — diikuti dengan Pahang (177) dan Johor (167). Pahang juga mempunyai bilangan kes perkahwinan bawah umur bukan Muslim pada tahun yang sama, iaitu sebanyak 102 perkahwinan — diikuti dengan Sarawak (55) dan Perak (35)[7]

Perkahwinan bawah umur bukan sahaja berkaitan dengan isu agama dan budaya, malah perkara ini berkait rapat dengan kemiskinan dan juga faktor-faktor yang menyebabkan mereka kekal miskin.

#4: 9.2% Kanak-Kanak Dari Keluarga B40 Mengalami Isu Kesihatan Mental

Source: New Straits Times

Didapati bahawa tekanan rakan sebaya adalah sangat berkait rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi isu kesihatan mental. Kanak-kanak merasa bahawa mereka perlu berkelakuan secara tertentu untuk diterima di dalam persekitaran sosial mereka. Perubahan tingkah laku kanak-kanak tersebut mungkin membawa kepada permulaan percanggahan kognitif — selanjutnya mempengaruhi keadaan mental dengan merosakkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.

Kemiskinan bandar adalah faktor penyumbang kepada isu kesihatan mental yang diakibatkan oleh persekitaran dan gaya hidup bandar — yang dipenuhi materialisme, kanak-kanak yang memaksa untuk membandingkan diri mereka dengan rakan-rakan sebaya yang lebih baik[8].

#5: Kanak-Kanak Yang Tidak Mempunyai Kewarganegaraan (Tidak Mempunyai Dokumen) Di Sabah Tidak Mempunyai Akses Kepada Pendidikan Formal

Source: Asia News Daily

Walaupun sistem di Malaysia sedang melalui peningkatan yang kerap untuk menyediakan keperluan yang lebih baik untuk kanak-kanak di kawasan pedalaman dan bandar, namun begitu, komuniti yang tidak mempunyai kewarganegaraan masih lagi terpinggir. Sehingga tahun 2018, kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan kekal tanpa dokumen (contohnya, kad pengenalan) ditolak dengan penuh diskriminasi daripada memasuki sekolah kerajaan. Kini, kerajaan meminta mereka untuk menyediakan dokumen-dokumen seperti surat kelahiran kanak-kanak tersebut ataupun surat anak angkat, jikalau mereka tidak mahu ditolak permohonan. Dalam pelbagai kes, dokumen-dokumen ini adalah permintaan yang tidak munasabah kerana mereka memang tidak memiliki dokumen tersebut[9] dan sukar untuk mereka mendapatkannya.

#6: 8 Daripada 10 Kanak-Kanak Tidak Mempunyai Akses Internet Untuk Pembelajaran Atas Talian Semasa PKP

Source: The Conversation

Laporan yang dikeluarkan oleh UNICEF pada tahun 2020, iaitu ‘Families on the Edge’, mendapati bahawa 8 daripada 10 murid daripada keluarga miskin tidak mempunyai akses kepada komputer, menyebabkan mereka ketinggalan di dalam kelas ketika pembelajaran berlaku secara atas talian[10]. Tambahan pula, 9 daripada 10 murid terpaksa menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk mereka menghadiri kelas atas talian. Sesetengah daripada mereka tidak mempunyai rangkaian Internet yang stabil kerana setiap ahli keluarga mereka perlu menggunakan internet pada masa yang sama.

Explore Our Sources: 

  1. Department of Statistics Malaysia. (2019). Children Statistics. Link.
  2. The Edge Markets. (2019). My Say: Child poverty in Malaysia: a persistent challenge that demands decisive action. Link.
  3. Humanium. (2021). Children of Malaysia. Link.
  4. Ministry of Education Malaysia. (2018). Malaysia Education Blueprint 2013-2025. Link.
  5. UNESCO. (2013). Malaysia Education Policy Review. Link.
  6. UNICEF. (2018). Children without. Link.
  7. UNICEF. (2021). Towards ending child marriage in Malaysia. Link.
  8. R. Rajaendran, The Star. (2019). Poor students face more mental issues. Link.
  9. N.A. Ibrahim, New Straits Times. (2018). Stateless children can enrol in school. Link.
  10. UNICEF. (2020). Families on the Edge, Issue 2: Status of the households post-MCO. Link.

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aliesya Sofea.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?