Site logo

11 Organisasi Yang Berusaha Untuk Meningkatkan Pelbagai Bentuk Literasi Di Malaysia

Kekurangan kemahiran asas literasi boleh menghalang seseorang daripada mencapai impian hidup. Pada usia kanak-kanak, mereka menghadapi kesukaran dari segi akademik. Apabila sudah dewasa, mereka tidak mampu memajukan diri dari segi kerjaya. Dan apabila mereka sendiri menjadi ibu bapa, mereka tidak mampu membantu anak-anak mereka dari sudut pembelajaran. Kitaran yang merentas generasi ini membuatkan perubahan sosial lebih sukar untuk dicapai.

Source: note thanun on Unsplash

Individu yang mempunyai tahap kemahiran literasi yang rendah mungkin tidak mampu membaca atau menulis. Akibatnya, pemahaman mereka mengenai persekitaran amat terhad. Namun, dalam dunia yang sentiasa berkembang maju dan ke hadapan, literasi tidak hanya berkisar mengenai kemampuan untuk membaca atau menulis. Kini, konsep ini juga merangkumi literasi digital, literasi kesihatan dan literasi kewangan.

‘Changemakers’ di seluruh Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan tahap literasi dalam kesemua aspek tersebut. Mari kita lihat hasil usaha mereka! Jika anda berminat untuk membantu mereka dalam apa jua cara, anda boleh hubungi mereka secara langsung untuk mengetahui lebih lanjut.

‘Changemakers’ Yang Meningkatkan Tahap Literasi Kewangan

Literasi kewangan merujuk kepada pengetahuan dan kemampuan untuk menguruskan kewangan.[1] Literasi kewangan boleh mempengaruhi individu di semua peringkat usia dan tahap sosio-ekonomi. Keputusan kewangan yang buruk boleh mempengaruhi keadaan seseorang individu. Pengetahuan yang sedikit dalam kewangan boleh menyebabkan seseorang menjadi mangsa skim pinjaman, hutang yang tinggi, penyeludupan wang dan boleh terperangkap dalam kadar faedah yang tinggi. Pada akhirnya, mereka akan mendapat kredit yang negatif dan boleh diisytihar sebagai muflis oleh pihak bank.[2].

#1: Malaysian Literacy In Financial Education Association (MyLIFE)

The Inaugural Malaysia Financial Literacy Conference 2019. Source: MyLIFE Association

MyLIFE atau Malaysian Literacy in Financial Education Association diasaskan pada tahun 2019 oleh satu kumpulan pakar yang ingin melakukan sebuah inisiatif yang boleh meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia melalui pendidikan[3]. Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh mereka untuk mencapai matlamat ini. Antaranya ialah pertandingan menulis karangan, ‘webinars’ dan pertandingan video.

Jika anda menyertai mereka sebagai ahli bersekutu atau pelajar (pengajian tinggi), anda akan memperoleh kata-kata motivasi secara harian melalui Facebook, WhatsApp dan emel. Anda juga alam buletin mingguan bertajuk Money Compass dan buku berkaitan tips kewangan. Kelebihan ini boleh didapati walaupun anda hanya melanggan secara percuma[3].

Ketahui lebih lanjut di MyLIFE.

#2: uLearnMoney

#2: uLearnMoney

ULearnMoney dari kumpulan media Money Compass berusaha untuk meningkatkan literasi kewangan semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia. Usaha mereka adalah berteraskan pendidikan secara berterusan, perundingan dan nasihat. Objektif mereka sejajar dengan National Financial Literacy Strategy kerajaan yang bermula pada tahun 2019 sehingga tahun 2023. uLearnMoney telah ditubuhkan pada 28 Jun 2019 dan telah bekerjasama dengan lebih 36 buah sekolah menengah untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar. Platform Learning Management System yang diasaskan oleh mereka telah mendidik para pengguna mengenai kewangan secara konsisten dan berkesan[4].

Ketahui lebih lanjut di ULearnMoney

#3: My Money & Me

Ini adalah satu bengkel berkenaan perancangan kewangan yang dianjurkan oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC) yang bermula pada tahun 2007. Program ini telah mencapai seramai 30,000 pelajar melalui seminar di 85 universiti, dan 20,000 individu lain yang menghadiri bengkel awam anjuran mereka. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkat kesedaran orang awam mengenai kepentingan perancangan kewangan. Ia juga menggalakkan peserta untuk mendapatkan bantuan atau nasihat kewangan jika perlu. [5].

Ketahui lebih lanjut di My Money & Me.

Source: Virtual My Money & Me

‘Changemakers’ Yang Meningkatkan Tahap Literasi Digital

Masyarakat Malaysia kini masih perlu meningkatkan tahap literasi digital, lebih-lebih lagi memandangkan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Malah, sesetengah orang tidak begitu yakin dengan kemahiran komputer mereka. Dalam era digital kini, hampir semua pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi berbentuk digital. Mereka perlu tahu cara untuk mengguna, menilai, membincangkan dan menyebarkan kandungan maya secara cepat dan bertanggungjawab. Melihat kepada kesesuaiannya secara peribadi dan profesional, sesetengah orang meramal bahawa kepentingan literasi IT akan menjadi setaraf dengan literasi am[2].

Source: Go Digital ASEAN

#1: SOLS 24/7

SOLS 24/7 adalah satu organisasi tidak berorientasikan keuntungan yang berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Mereka melaksanakan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital. Dalam program mereka yang lalu, SOLS Tech telah mengumpulkan, mengguna semula dan mengagihkan kelengkapan elektronik yang dibuang. Mereka berjaya membaik pulih alat yang rosak dan memberi peralatan ini kepada individu yang memerlukannya. Di Malaysia, lebih 10 juta orang tidak mempunyai akses kepada komputer. Mengikut SOLS 24/7, kemahiran literasi komputer akan meningkatkan prospek ekonomi dan dapat membantu untuk mengurangkan kadar kemiskinan[6]. SOLS Smart ialah program yang bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan kementerian kerajaan, agensi swasta, badan awam, universiti dan sekolah. Kesemua program ini mempunyai komponen literasi digital. Kini, mereka telah melatih lebih daripada 450,000 orang di 7 buah negara dalam jangka masa 20 tahun[7].

Ketahui lebih lanjut di SOLS Tech dan SOLS Smart.

#2: Go Digital ASEAN

DI Malaysia, Go Digital ASEAN berazam untuk melengkapkan 15,000 belia dengan kemahiran literasi digital untuk membantu mereka mengembangkan perusahaan mereka. Dengan ini, mereka berupaya mendapat akses kepada pasaran baru. International Youth Centre (IYC) dan StartupMalaysia sedang mengusahakan program tersebut di Malaysia. Para peserta boleh mendapatkan akses yang tidak terhad terhadap bahan dan sumber pembelajaran yang mereka tawarkan[8].

Ketahui lebih lanjut di Go Digital ASEAN.

‘Changemakers’ Yang Meningkatkan Tahap Literasi Membaca

Ketidakmampuan membaca atau menulis merupakan isu literasi yang sering dibincangkan. Melalui sejarah, kita tahu bahawa ramai individu dalam generasi lalu berdepan masalah literasi walaupun mereka berasal dari latar belakang yang bagus. Namun setelah dekad berlalu, kemampuan rakyat Malaysia untuk membaca dan menulis meningkat. Kemajuan ini memberikan peluang kepada rakyat untuk maju dalam kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah. Berikut adalah antara organisasi yang melakukan perubahan dalam kehidupan orang ramai melalui pendidikan.

Source: MYReaders

#1: MYReaders

Melalui kolaborasi bersama guru-guru sekolah, ketua komuniti, sukarelawan dan pelajar, MYReaders menawarkan program membaca yang berstruktur dan lestari kepada komuniti sekolah. MYReaders telah mempengaruhi lebih daripada 31,647 kanak-kanak, 92 ibu bapa, 777 guru dan 780 sukarelawan di seluruh negara sejak 2015. Bahan literasinya adalah antara yang pertama di negara, dan telah terbukti berkesan dalam membantu pelajar memperbaiki kemiran membaca mereka dalam masa setahun. Mereka melengkapkan guru-guru dan mentor membaca dengan kemahiran untuk mengajar kanak-kanak membaca pada tahap perkembangan literasi awal. Mereka juga membuat modul khusus untuk memenuhi tuntutan sekolah yang mahu memperbaiki kemahiran membaca pelajar mereka[9].

Ketahui lebih lanjut di MYReaders.

#2: Right to Learn (RTL)

Right to Learn (RTL) adalah satu inisiatif literasi yang membantu kanak-kanak berjaya di sekolah dan kehidupan. Lebih 300 kanak-kanak telah memperbaiki kemahiran membaca mereka hasil ‘community outreach’ yang bergantung kepada sukarelawan. Program Skype mereka adalah antara yang patut mendapat pujian.

Sukarelwan yang mempunyai komputer riba dan rangkaian internet membaca kepada para pelajar melalui Skype dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Mereka juga selalu menganjurkan permainan dan sketsa untuk menggalakkan para pelajar mengasah kemahiran bahasa mereka[10].

Ketahui lebih lanjut di Right to Learn.

#3: Empowered2Teach Pre-School Project

Matlamat Empowered2Teach Pre-School Project adalah untuk meningkatkan tahap literasi dalam kalangan komuniti peribumi melalui galakan mereka untuk menubuhkan sendiri program pra-persekolahan. Mereka melakukannya dengan mengajar dan membekalkan guru tempatan yang telah disyorkan oleh ketua kampung yang mana mereka ini terdiri daripada individu yang komited terhadap pendidikan kanak-kanak. Guru dibekalkan dengan latihan dan bahan untuk membantu mereka memulakan sendiri kelas pra sekolah. Ini diharapkan apabila guru mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan di kampung masing-masing, anak-anak peribumi akan dilengkapi dengan asas yang cukup sebelum mereka memasuki sekolah rendah dan bersedia untuk pendidikan secara formal[11].

Ketahui lebih lanjut di Empowered2Teach.

#4: IDEAS Autism Centre (IAC)

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendidikan tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Dalam menangani isu ini, IDEAS Autism Centre atau IAC telah melakukan satu pendekatan tersendiri yang unik. Strategi IAC adalah untuk merangka sebuah kurikulum yang mengabungkan isi kandungan ABA, TEACCH, Son-Rise dan STAR Program dengan kurikulum kebangsaan. Kemahiran pendengaran, bahasa, komunikasi, pra akademik, akademik dan ‘interpersonal’ diajar kepada kanak-kanak istimewa ini. IAC juga menawarkan sesi ‘one-one-one’ sebagai sebuah ‘behavior intervention approach’ untuk setiap kanak[12].

Ketahui lebih lanjut di IDEAS Autism Centre.

Source: IDEAS Autism Centre, Speech Therapy, Child Behaviour Consultant

‘Changemaker’ Yang Meningkatkan Tahap Literasi Kesihatan

Literasi kesihatan amat penting untuk membantu kita mencegah masalah kesihatan. Malah, kemahiran ini dapat membantu kita menguruskan masalah kesihatan dengan lebih baik, terutamanya dalam situasi yang tidak diduga. Tanpa literasi kesihatan, maklumat kesihatan yang kompleks mungkin sukar untuk kita fahami. Isu ini lebih membimbangkan dalam sekiranya berlaku sesuatu luar jangkaan[13].

#1: BioMark

BioMark sedang membangunkan alat digital yang boleh meningkatkan literasi orang ramai baik secara individu atau kumpulan. Usaha mereka bertujuan untuk memperkasakan masyarakat, pengguna dan pesakit mengenai literasi kesihatan supaya golongan ini boleh membuat keputusan kesihatan dengan lebih baik. Inisiatif BioMark dalam literasi kesihatan adalah untuk menjadikan sistem kesihatan lebih demokratik, serta untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti. Anda boleh menggunakan aplikasi BioMark untuk memahami data kesihatan anda. Melalui imbasan laporan kesihatan, aplikasi ini dapat mengolah laporan kesihatan tersebut dan mengenal pasti risiko anda dalam menghidap penyakit yang kronik.[14].

Ketahui lebih lanjut di BioMark.

#2: DoctorOnCall

DoctorOnCall menghubungkan pesakit dengan doktor-doktor terbaik di Malaysia secara cepat, mudah dan berpatutan. Pesakit boleh mendapatkan konsultasi secara maya bersama pakar perubatan dan pakar kesihatan mental pada bila-bila masa dan di mana jua, dan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer. DoctorOnCall percaya bahawa masa depan kesihatan akan mengalami proses digitalisasi. Melalui kerjasama dengan pakar perubatan dan kesihatan mental, organisasi ini berhasrat untuk membekalkan khidmat dan konsultasi kesihatan yang berpatutan kepada semua. Kos untuk setiap konsultasi secara maya adalah RM19.99, iaitu satu harga yang berpatutan, termasuklah untuk kumpulan B40. [15].

Klik sini untuk membaca lebih lanjut mengenai DoctorOnCall.

Source: DoctorOnCall

Explore Our Sources:

  1. The Forms of Illiteracy; All 20 Types of Illiteracy! (2021, August 2). Scientific Editing. Link.  
  2. Red Star Education. (0). The Effects of Financial Illiteracy – Red Star Education Blog. Link.
  3. Malaysia Literacy in Financial Education Association website. Link
  4. moneycompass. (2021, March 29). Introducing uLearnMONEY, the First-of-its-kind Online Financial Literacy Platform. Link
  5. Malaysian Financial Planning Council (MFPC). (2021, August 30). Financial Literacy Programme “My Money & Me.” Malaysian Financial Planning Council. Link
  6. Project, B. (2019, October 12). SOLS 24/7 Promotes Technology and Education in Malaysia. The Borgen Project. Link
  7. SOLS smart. (2020, March 16). SOLS smart – Business Communication Training HRDF-Claimable. Link.
  8. GIZWIZ STUDIO. (2021). Go Digital ASEAN – Malaysia. Go Digital ASEAN Malaysia. Link
  9. MYReaders website. Link
  10. Tan, A. (2021). 7 Non-Profits Actively Combating illiteracy Among Kids In Malaysia. Jireh’s Hope. Link
  11.  Empowered 2 Teach website. Link
  12.  IDEAS Autism Centre website. Link
  13.  Centers for Disease Control and Prevention (CDC). (2021, March 29). The What, Why, and How of Health Literacy. Centers for Disease Control and Prevention. Link.
  14.  BioMark website. Link
  15.  DoctorOnCall website. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?