Site logo

11 Fakta Tentang Kebuluran, Nutrisi, Dan Kemiskinan Yang Anda Patut Tahu

Sejak kecil, ramai di antara kita telah diberitahu dan diajar untuk makan makanan yang berkhasiat. Tiga makanan utama sehari dan snek yang sihat antara ketiga waktu makan adalah digalakkan. Memakan makanan yang sihat dan cukup adalah biasa untuk kebanyakan keluarga di Malaysia, tetapi masih terdapat jutaan rakyat Malaysia yang tidur dalam keadaan perut kosong, tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan ataupun kurang kesedaran mengenai pembentukan diet yang sihat.

Pengambilan makanan dan nutrisi adalah sangat penting kerana ia memberikan kesan terhadap ruang-ruang perkembangan lain seperti pendidikan dan pekerjaan. Usaha untuk membanteras kebuluran, malnutrisi dan kekurangan ilmu nutrisi adalah salah satu cabaran untuk memastikan populasi yang sihat, berfungsi dan menyumbang pada masa hadapan.

Source: Asia Media International

INI ADALAH 11 FAKTA TENTANG KEBULURAN, NUTRISI DAN KEMISKINAN DI MALAYSIA YANG ANDA PERLU TAHU:

  1. Pada tahun 2019, Organisasi Makanan dan Pertanian Negara-Negara Bersatu merekodkan 900, 000 orang Malaysia berada dalam keadaan lapar[1]. Daripada angka ini, orang dewasa, kanak-kanak dan warga emas makan kurang daripada 3 kali sehari – bukanlah ianya pilihan mereka tetapi akibat tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan serta kurang akses kepada makanan.
  1. Pada tahun 2019, Bank Dunia mengenalpasti 3 daripada 10 rakyat Malaysia merasakan bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan[2]. Antara tahun 2012 hingga 2018, jumlah rakyat Malaysia yang berasa bahawa mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk makan telah meningkat sebanyak 3 kali ganda dari 8.6% kepada 28.7%. Di kawasan pedalaman, angka tersebut meningkat dari 18.6% kepada 30%[2].
  1. Ironinya, komuniti miskin bandar menghadapi isu-isu kebuluran sedangkan kawasan-kawasan bandar adalah tempat yang mudah untuk seseorang mencari makanan dan mempunyai akses yang mudah untuk mendapat makanan. 52% isi rumah yang tinggal di rumah-rumah flat di Kuala Lumpur tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan. 15% antara mereka mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk makanan dan dana yang tidak mencukupi merupakan sebuah perkara yang biasa dan kerap berlaku[3].
  1. Antara tahun 2017 hingga 2019, terdapat 2.1 juta orang rakyat Malaysia yang menghadapi isu keselamatan makanan yang teruk. Mereka menghadapi cabaran dalam mendapatkan akses kepada bekalan makanan kerana infrastruktur yang teruk, isu pengangkutan dan kekangan kewangan serta masalah bekalan makanan berkaitan cuaca[1].
  1. Golongan B40 di Malaysia berbelanja sekitar RM763 sebulan untuk satu isi rumah, untuk makanan dan minuman. Secara kasar RM25 sehari, dikongsi dengan seisi keluarga. Golongan M40 berbelanja sebanyak RM44 sehari, and golongan T20 berbelanja sebanyak RM76 sehari untuk dihabiskan ke atas makanan sahaja[4].
  1. Daripada ‘Apa yang patut saya makan hari ini?’, mereka yang mengalami masalah kebuluran ini akan berfikir ‘Apa yang boleh mengisi perut saya dan membuatkan saya kenyang untuk tempoh yang lama?Oleh kerana golongan B40 mempunyai duit yang sedikit untuk dibelanjakan pada makanan dan tidak mampu untuk memiliki barang-barang premium yang selalu dikaitkan dengan pemakanan yang sihat, jenis makanan pertama yang digugurkan daripada senarai adalah protein berkualiti tinggi seperti daging, ayam atau ikan, produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt dan buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin. Sebaliknya, mereka menghabiskan wang mereka pada kanji yang berkos rendah dan kaya tenaga seperti nasi dan mi segera, barang-barang makanan yang tinggi gula dan makanan yang telah diproses yang mempunyai jangka hayat yang lama. Sumber protein yang biasanya datang dari daging digantikan dengan telur[3].
  1. Duit yang disimpan untuk barang dapur dan belanja makanan malangnya mungkin pergi ke bil-bil perubatan untuk tempoh masa yang lama. Barang makanan yang berkualiti teruk dan bernutrisi rendah pada harga yang rendah membawa impak kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Makanan-makanan ini tinggi dengan sodium, garam, gula, pengawet dan lemak yang tidak berkhasiat serta boleh mengakibatkan masalah-masalah kesihatan pada kelak hari nanti seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi[3].
  1. Apabila kita berfikir tentang orang miskin, imej buruk individu yang berada dalam keadaan kurus kering, kekurangan zat makanan dan mata terbenam akan timbul di fikiran. Hal ini adalah benar, tetapi ironinya kemiskinan turut menjurus kepada masalah berat badan yang tidak disengajakan seperti obesiti. Satu kajian yang dilaksanakan di sebuah komuniti miskin bandar di Kuala Lumpur menunjukkan 65.1% orang dewasa yang terlibat dalam kajian tersebut mengalami sama ada masalah berat badan berlebihan ataupun obes[5].
  1. Menurut Institute for Public Health pada tahun 2019, 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia di bawah umur 5 tahun adalah terbantut[6]. Perkara ini adalah disebabkan kanak-kanak tersebut tidak boleh mendapatkan makanan yang ‘betul’ untuk beberapa tahun pertama untuk pertumbuhan mereka. Isu terbantut juga boleh menyebabkan kesan jangka masa pendek dan panjang ke atas tumbesaran kanak-kanak tersebut. Kesan jangka masa pendek adalah termasuk risiko kematian yang tinggi berpunca daripada infeksi berulang seperti cirit-birit. Kesan jangka masa panjang selalunya adalah obesiti semasa dewasa yang menjurus kepada kencing manis dan penyakit-penyakit kardiovaskular.
  1. Isi rumah yang memperoleh kurang daripada RM1000 sebulan mempunyai risiko mempunyai anak yang terbantut tumbesarannya sebanyak dua kali ganda, jika dibandingkan dengan isi rumah yang memperoleh lebih daripada RM5000[7]. Ini tidak mengejutkan kerana 12% daripada kanak-kanak Malaysia mendapat makanan kurang daripada 3 kali sehari, dan makanan ini selalunya tidak seimbang dan kurang berkhasiat[8].
  1. 16,688 tan makanan dibazirkan setiap hari di Malaysia. Daripada jumlah sisa makanan, 3000 tan adalah makanan yang masih boleh dimakan. Jumlah sisa makanan meningkat sebanyak 15 – 20% semasa musim-musim perayaan. Menurut Mohammad Diah Wahari, timbalan CEO Syarikat Pembersihan Awam (SWCorp), “Jumlah sisa makanan di Malaysia cukup untuk memberi makan kepada 12 juta orang, tiga kali sehari.”[9].

Explore Our Sources:

  1. FAO. (2019). (2019). Number of people undernourished (millions) (3-year average). Link.
  2. The World Bank. (2019). Malaysia Economic Monitor: Making Ends Meet. Link.
  3. Unicef. (2018). Child Without. Link.
  4. Department of Statistics Malaysia. (2020). Household Expenditure Survey Report 2019. Link.
  5. Jo Ann Andoy-Galvan, Lugova H, Patil SS et al. F1000Research. (2020). Income and obesity in an urban poor community: a cross-sectional study. Link.
  6. Institute for Public Health. (2020). National Health and Morbidity Survey 2019: Non-Communicable Diseases: Risk Factors and Other Health Problems. Shah Alam: Institute for Public Health, Ministry of Health. Link.
  7. D. Kok. (2019). Stunting in Malaysia: Costs, Causes and Courses for Action. Link.
  8. S. Sharma. (2020). 7 FACTS ABOUT HUNGER IN MALAYSIA. Borgen Project. Link.
  9. Poverty, Pollution, Persecution. (2019). Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (SWCorp) deputy chief executive officer Mohammad Diah Wahari. Link.

Translated by: Aliesya Sofea

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?