Seorang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dilahirkan ke dunia setiap 10 minit[1]. Pada tahun 2016, terdapat sekurang-kurangnya 290,000 kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Malaysia[2]. Isu lazim berkait rapat dengan data tentang ketiadaan kewarganegaraan ini berpunca daripada kekurangan maklumat yang sahih dan tepat pada masa ini berkenaan komuniti ini – serta jumlah golongan ini selalunya berdasarkan anggaran atau tekaan pembuat perubahan yang bekerjasama dengan golongan ini.
Walaubagaimanapun, mereka tinggal sekeliling kita. Namun mereka tidak wujud secara sah di negara yang mereka dilahirkan kerana mereka tidak memiliki kad pengenalan ataupun MyKad. Dari tahun 2015 hingga Jun 2020, 31,494 permohonan taraf kewarganegaraan bagi mereka yang berumur bawah 21 tahun telah diterima[3] dan nasib mereka masih belum diketahui.
Golongan tanpa kewarganegaraan juga dikenali sebagai salah satu komuniti kurang bernasib baik di dunia. Berikut adalah 10 fakta yang boleh dilihat untuk menjelaskan kalangan yang tidak kelihatan di mata negara.

#1: Bagaimanakan seseorang dikenali sebagai tidak berkewarganegaraan di Malaysia? Ia pastinya bukan atas pilihan ataupun kehendak.
- Sebaliknya, kebanyakan mereka mewarisi taraf tanpa kewarganegaraan daripada nenek moyang mereka ataupun melalui perkahwinan yang tidak diiktiraf di sisi undang-undang [4].
- Bukan sahaja itu, terdapat kalangan yang memasuki negara ini secara haram tanpa dokumen, menetap serta mewariskan kekurangan identiti mereka kepada anak-anak mereka seperti golongan pelarian dan pencari-suaka [5].
- Proses mendapat kewarganegaraan yang panjang dihalang oleh buta huruf dan ketakutan ditangkap oleh pihak berkuasa [6]memburukkan lagi serta mengekalkan kekurangan identiti mereka.
#2: Punca tidak berkewarganegaraan bertapak semenjak hari-hari pra-kemerdekaan kita.
- Di Semenanjung Malaysia, kemasukan buruh India yang beretnik Tamil ke Malaysia di bawah penjajahan British menyebabkan majoriti daripada mereka berhijrah. Setelah kemerdekaan Malaysia pada 1957, kebanyakan mereka tidak memiliki kewarganegaraan kerana buta huruf serta kurang kesedaran [7].
- Di Sabah dan Sarawak, kalangan tidak berkewarganegaraan pada mulanya merupakan golongan pelarian yang melarikan diri dari Filipina berikutan konflik sivil di negara itu pada tahun 1970-an. Keturunan mereka tidak berkewarganegaraan kerana tidak mempunyai dokumen yang diperlukan untuk membuktikan identiti sah mereka[7].

#3: Apakah maksud taraf tidak berkewarganegaraan di Malaysia? Taraf tidak berkewarganegaraan bermaksud dinafikan hak-hak asasi di Malaysia, contohnya, pendidikan, penjagaan kesihatan serta peluang pekerjaan.
- Tanpa dokumen pengenalan secara rasmi, seorang yang tiada kewarganegaraan dinafikan akses ke banyak kemudahan asas seperti membuka akaun bank, permohonan perjalanan, pelan telefon, perumahan yang sesuai, dan juga perkhidmatan e-hailing.[8].
#4: Di manakah mereka tinggal? Golongan tidak berkewarganegaraan tinggal di dalam keadaan yang teruk untuk didiami. Kebanyakan mereka tinggal dengan sanitasi yang buruk dan tidak mempunyai pengurusan sisa yang sesuai menyebabkan penyakit bawaan air dan penyakit kulit [9].
- Komuniti Bajau Laut, ataupun ‘nomad laut’, tinggal di pondok kayu di atas tiang ataupun rumah bot yang di kongsi bersama hampir sepuluh penduduk.[10].
- Mereka yang berada di darat tinggal di kawasan terpencil dan bersembunyi untuk mengelakkan kemungkinan ditangkap oleh pihak berkuasa[7].

#5: Di manakah kalangan tidak kewarganegaraan mendapatkan bantuan perubatan?Tidak berkewarganegaraan bererti kos hospital mereka ialah sama seperti warga asing yang lain, iaitu dua kali ganda atau lebih daripada apa yang dibayar oleh rakyat Malaysia. [9].
- Bajau Laut, misalnya, tidak mampu membayar lawatan hospital kerana sumber pendapatan utama melalui memancing yang menanggung mereka dalam seharian.
- Oleh sebab itu, kebanyakan mereka bergantung kepada perubatan tradisional ataupun menderita dalam diam.

#6: Apabila ia berkaitan menangani jangkitan COVID-19, terdapat mesej bercampur-baur dari pihak kerajaan.
- Keutamaan sebelah pihak kerajaan adalah untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam mendapatkan vaksin[11], tetapi sebelah lagi pihak berusaha untuk menangkap komuniti ini[12].
- Satu kesusahan yang lain adalah keperluan pengamal perubatan untuk melaporkan mana-mana pendatang tanpa izin, serta yang tidak berkewarganegaraan di bawah Akta Imigresen[13]. Kebanyakan pekerja penjagaan kesihatan berada di dalam dilema apabila memberi bantuan kepada pesakit tanpa kewarganegaraan.

#7: Terdapat penafian berterusan terhadap hak-hak asasi mereka untuk pendidikan kerana kebanyakan sekolah awam tidak menerima warga asing ataupun kanak-kanak tanpa pengenalan secara sah[8]. Demikian, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan bergantung kepada pusat pembelajaran alternatif (ALC) seperti Etania Schools, Iskul Sama DiLaut Omadal untuk menyediakan pendidikan asas kepada mereka.
- Pada tahun 2018, pihak kerajaan memberikan kelonggaran untuk kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk mendaftar ke sekolah dengan syarat dokumen relevan seperti sijil kelahiran anak, sijil pengambilan anak angkat, ataupun perintah mahkamah dikemukakan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri atau pejabat Pendidikan Daerah. Walaupun ‘pintu dibuka’, ia masih mustahil bagi ramai kalangan tersebut untuk bersekolah disebabkan taraf tidak kewarganegaraan yang diwarisi bermaksud mereka tidak memiliki apapun dokumen yang sahih[14].
- Dengan kebolehcapaian dan kualiti pendidikan yang terhad, sebahagian kanak-kanak tanpa kewarganegaraan menjadi buruh kanak-kanak, sama ada di perladangan ataupun di tempat kerja yang tidak rasmi/formal. [15].

#8: Percubaan mereka untuk keluar dari kemiskinan digagalkan oleh kerana kekurangan pendidikan asas. Kebanyakan isi rumah yang tanpa kewarganegaraan memperoleh pendapatan yang kurang dari angka kemiskinan nasional iaitu RM2,208[8].
- Mereka sering menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tidak rasmi, berpendapatan kurang dari separuh jumlah gaji minimum nasional(RM1200) tanpa perlindungan sosial[16].
- Ada yang terpaksa mengemis di tepi jalan, suatu perbuatan yang dipandang rendah oleh kalangan awam.
#9: Perjalanan untuk mendapatkan kewarganegaraan adalah sukar dan kebanyakan pemohon telah ditolak tanpa sebab. [7].
- Sebagai contoh, Nalvin Dhillon, seorang yang tanpa kewarganegaraan telah berusaha mendapatkan MyKadnya selama 10 tahun tanpa berita yang baik.
- Pada tahun 2020, pihak kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa individu tanpa kewarganegaraan akan diberikan tempoh masa setahun untuk mengemukakan dokumen yang sahih untuk mendapatkan kewarganegaraan namun ini bukan langkah baik untuk para pembuat perubahan di luar sana.[17].
- Terdapat halangan sedia ada yang kerap menahan prosedur permohonan seperti halangan bahasa yang boleh menyukarkan mereka untuk berkomunikasi semasa temuduga bahasa yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)[18].
- Tambahan pula, kebanyakan individu tanpa kewarganegaraan buta huruf dan dokumen sokongan yang mereka mungkin ada telah hilang, rosak, tidak konsisten dalam butirannya termasuklah kesilapan dalam sijil kelahiran mereka [18].

#10: Kempen #IBELONG UNHCR bertujuan untuk membasmi taraf tanpa kewarganegaraan menjelang 2024. Namun, Malaysia mempunyai perjalanan yang jauh dengan xenofobia yang berterusan terhadap individu tanpa kewarganegaraan.
- Bukan sahaja itu, tiada tindakan telah diambil untuk memastikan semua kanak-kanak berada di sekolah tanpa mengira taraf seperti dinyatakan di Artikel 28 dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia yang ditandatangani oleh negara ini [19].
- Pada masa yang sama, tiada berita tentang taraf Akta Penjagaan Kesihatan Orang Tanpa Kewarganegaraan, Akta tersebut telah didesak oleh para pengamal perubatan untuk diluluskan di Parlimen pada tahun 2019 untuk memastikan penjagaan kesihatan sejagat disediakan untuk semua[20].
- Terdapat keperluan untuk meningkatkan sifat empati di kalangan rakyat Malaysia berkenaan isu taraf tanpa kewarganegaraan. Melalui sebuah dialog awam pada Oktober 2021, pembuat perubahan berkongsi kekecewaan mereka atas sentimen umum masyarakat terhadap golongan yang tidak berkewarganegaraan dicemari dengan rasa ketakutan dan kurangnya kesedaran.
Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri
Explore our sources:
- UNHCR. The urgent need to end childhood statelessness. Link
- H.Chiew. (2017). ‘An invisible jail’ – stateless children in Malaysia. Malaysia Kini. Link.
- V.Babulalal,N.Daim & A.Yunus. (2020). Giving stateless kids an identity does not mean automatic citizenship for them. New Straits Times. Link
- R. M. Razali. (2017). Addressing Statelessness In Malaysia: New Hope and Remaining Challenges. Link
- H.Zainuddin. (2021). The Invisible Child : On Childhood Statelessness Powerpoint presentation. Presented at Upholding The Right To Education for Stateless Children public dialogue (October, 2021).
- I. Venkov. (2019). I am a person from here – the Sabah stateless struggling without citizenship in Malaysia. Link
- T. J. Duraisingam. (2016). Chronology of Policies Affecting Potentially Stateless Persons and Refugees in Malaysia. Link
- Wiki Impact. (2021). Malaysia’s Invisible Poor: The Stateless Communities (whitepaper). Link
- W. Hassan, W. S., & Peters, D. (2020). The Vulnerability of Bajau Laut As Stateless People In Sabah. Jurnal Kinabalu, 183. Link
- H. Chiew. (2019). Bajau Laut: Once Sea Nomads, Now Stateless. Malaysiakini. Link
- Povera, A. (2021). PM urges Malaysians, non-citizens to register for Covid-19 vaccination. New Straits Times. Link
- Palansamy, Y. ( 2021). Worker, health advocates foresee bigger disaster as law enforcers start hunt for undocumented migrants in ‘total lockdown’. Malay Mail. Link
- Khor, S. K. ( 2021). Stethoscope: Vaccinating non-citizens and building vaccine independence in Malaysia. The Edge Markets. Link
- N. A. Ibrahim. (2018). Stateless children can enrol in school. New Straits Times. Link
- Wiki Impact. (2021). The Lasting Scars of Child Labour: Stories From The Ground. Link
- C.Chau. (2021). Malaysia’s minimum wage can be raised in phases. Hrmasia. Link
- H. Sivanandam, R.Rahim and M.Carvalho & T.Tan. (2020). Stateless individuals get one year window to apply for citizenship, says the Home Minister. The Star. Link
- FMT Reporters. (2020). One year window for stateless individuals lauded but NGO says SOPs need review. Free Malaysia Today. Link
- United Nations. Universal Declaration of Human Rights. Link.
- MalaysiaKini. (2020). Proposing a Non-Citizen Health Act for Malaysia. Link.